glitter-graphics.com

Sunday, 9 October 2011

Cara-Cara Mengawal Perasaan Cemburu


Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak  jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk.

Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.




1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.

8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.

9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.

11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..





1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.





6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?

7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.

10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.


Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.

4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.

5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

Sunday, 2 October 2011

Tanda - Tanda Lelaki Jatuh Cinta


kat sini aku nak kongsi tentang informasi tanda - tanda lelaki jatuh cinta pada perempuan.. aku ambik informasi ni pon dari google gak.. saje je nak kongsi ngan korang pasal ni.. mane la tau kalau - kalau betul pulak kan.. lagi pun aku rase lain orang lain pandangannya kan.. so, kite same2 la berkongsi untuk pengetahuan sikit ok..

  • Ø  Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.
  • Ø   Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Ø  Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Ø  Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Ø  Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.



  • Ø  Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  • Ø   Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  • Ø  Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Ø   Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  • Ø   Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Ø  Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Ø  Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  • Ø  Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  • Ø  Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

  • Ø  Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Ø  Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  • Ø  Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.
  • Ø  Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  • Ø  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Ø  Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
 andai kate la semua ciri - ciri ni ade kat boyfriend korang, kite jangan la mempermainkan perasaan diorang.. sebab susah kite nak cari lelaki yang betul2 baik zaman sekarang ni.. kite hargailah pengorbanan diowang pada kite.. InsyaAllah kite akan hidup bahagia..amin....






Friday, 23 September 2011

Erti Sebuah cinta





CINTA
Itu memang satu perkara yang suci..yang kadangkala di bunga dengan rasa cinta yang tidak di sengajakan..

Naluri selalu berbisik..
Alangkah baiknya tika daku memilikinya..

Namun bila kita menggapainya
Seolah-olah kita seakan meraih satu kemenangan yang hakiki..

Tapi..
Takala cinta didustai, khianati..pasti hati sendiri dilukai..

Cintalah..
Pada Allah kerana ia Cinta yang kekal abadi..

Cintalah..
Pada manusia kerana rasa cinta itu akan dipenuhi dengan kasih sayang,
hormat-menghormati, ambil berat sesama sendiri..

Hargailah Cinta..
Kerana kedatangan ia amat bermakna sekali buat si pencari CINTA 


Cinta adalah sesuatu yang sangat berarti di dunia, tapi terkadang aku bingung mengertikan cinta, cinta memang indah bahkan membuat hati bahagia tetapi terkadang cinta juga dapat menimbulkan rasa sakit yang dalam, kadang cinta dapat membuat keadaan menjadi damai tetapi kadang pula ia dapat menimbulkan persengketaan, bahkan juga cinta dapat mempersatukan manusia tetapi ia juga yang dapat memecah belah tali persaudaraan.

Banyak orang mengartikan cinta sebagai sesuatu yang di agungkan apakah memang harus seperti itu?

Kadang aku mengertikan cinta sebagai rasa kasih sayang yang tulus dari hati, tetapi kadang juga aku mengertikan cinta itu sebagai luahan hasrat yang kadang membuat manusia menjadi lupa diri akan aturan yang berlaku didunia ini, bahkan kadang aku mengertikan cinta sebagai sesuatu yang mengikat langkahku.





Pernah aku mendapatkan cinta yang aku rasa itu sangat tulus dari seseorang tetapi yang ku dapat ternyata cinta itu hanya hasrat sekejap yang datang lalu hilang, kadang aku bertanya apakah di zaman seperti ini masih ada cinta yang tulus, yang penuh dengan kesetian, yang tidak melihat status seseorang, harta, bahkan gelar seseorang.

Memang ku akui sulit mencari cinta yang benar-benar tulus, tetapi bagaimanapun cinta yang tulus akan datang dari hati nurani kita sendiri, tergantung kemana kita akan membawa cinta itu.
Dan saat ini aku memiliki cinta yang sangat tulus didalam lubuk hatiku, dan aku pun berharap semoga apa yang aku rasa sama dengan yang dia rasakan, dan semoga cinta yang tulus ini akan menjadi sesuatu yang sangat berarti di kehidupan aku dengan dia dan semoga tuhan selalu mempersatukan cinta ini selamanya.

Friday, 16 September 2011

Kebaikan Menyayangi kucing


Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.
1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah.
2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.


7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
bagus kan... dgn membela kucing je, kite akan dpt bnyk manfaat & kebaikan... so, kpd org2 di luar sane yg x suke kan kucing jgn la menghina atau bersikap kejam terhadap kucing.. sayangi la kucing & haiwan yg lain... mereka pon makhluk Tuhan yg ingin hidup di dunia..






Pages